Jumat, 06 Januari 2017

Wanita Sholehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Harta diberikan demi mendapatkan ridha-NYA
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah jiwaku seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Penyemangat kesusahan dan penderitaan
Tiak pernah sukar untuk dilaksanakan…

Sungguh indah…
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah-NYA
Taat dengan abuyanya
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai putri dalam syurga…

Ketika aku marah
Ingin rasanya aku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahkanlah jiwaku dan hati ini
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih kecil
Untuk menghilangkan dahaga dia rela mencari Air
Dalam terik matahari di padang pasir
Ditinggalkan suami tanpa dia menyesali
Pengharapannya hanya pada Illahi


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
Seorang wanita yang setia dan sabar….
Pasra dengan dugaan Tuhannya….
Walau pernah tersungkur kerana jeratan syaitan…
Namun kembali kerana iman yang kuat…
Dan Syurga adalah balasannya

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mampukah aku menjadi wanita idaman ?
Mampukah aku menjadi wanita yang tabah?
Mampukah aku menjadi wanita yang sabar ?

Wanita solehah adalah perhiasan dunia
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah…

Aku adalah wanita akhir zaman
Yang sulit untuk menahan iman
yang berusaha keras untuk tetap istiqomah

dan ingin menjadi wanita penghuni Syurga

Tidak ada komentar:

Posting Komentar